Posts

Showing posts from June, 2025

Kritikan Terhadap Dunia Hiburan: Drama Masa Kini

Image
 Sekarang ini dunia hiburan seperti hilang arah. Terutama sekali dalam bab drama. Ada ketikanya terasa seperti tidak ada sempadan yang memisahkan antara hiburan dan nilai. Drama yang disiarkan di kaca televisyen atau di platform penstriman bukan lagi sesuatu yang membawa mesej atau pengajaran, sebaliknya lebih banyak menonjolkan perkara-perkara yang tidak patut. Babak-babak keterlaluan mula menjadi bahan utama dalam sesetengah drama. Dialog yang menjengkelkan, pakaian yang langsung tidak mencerminkan budaya tempatan, dan jalan cerita yang terlalu dipaksa hingga kadang-kadang tidak masuk akal. Bila ditegur, ada yang cepat memberi alasan kononnya ia hanya hiburan atau sekadar mahu menarik perhatian penonton. Namun, hiburan yang baik sepatutnya masih berpandukan nilai dan batas. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan tontonan umum. Lebih membimbangkan lagi, ramai penonton yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada kandungan seperti ini. Lama-kelamaan, yang...

Seni dan Budaya: Mak Yong dan Kuda Kepang

Image
  Sejujurnya, aku memang kurang sikit dalam bidang seni, terutama sekali seni halus. Aku bukan jenis orang yang boleh duduk berjam-jam depan kanvas dan hasilkan lukisan yang ada jiwa. Aku tak cukup kreatif untuk cipta satu karya yang betul-betul menghidupkan emosi orang yang tengok. Dalam keluarga pula, ayah dan kakak aku memang jenis yang berbakat. Ayah aku pandai menjahit, malah kalau ada baju koyak atau seluar yang perlu diubah suai, dia boleh selesaikan dengan kemas. Kakak aku pula memang minat seni dari dulu. Dia pernah belajar dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual di UPSI dan kini dah pun tamat pengajian. Aku selalu kagum dengan hasil kerja dia yang kadang-kadang buat aku terfikir, macam mana satu lukisan yang nampak ringkas tu boleh simpan banyak maksud. Walaupun aku sendiri tak berbakat dalam bidang seni, jangan salah sangka. Aku tetap minat dan hargai seni. Aku rasa orang yang berbakat dalam bidang ni ada keistimewaan luar biasa. Lagi banyak mereka dias...

Isu Semasa: Ramai Pelajar SPM Skor Subjek Bahasa Inggeris Tetapi Gagal Subjek Bahasa Melayu?

Image
Sekarang ini, makin ramai pelajar yang lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Situasi ini bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah menjadi perkara biasa yang sering dibualkan. Ramai pelajar hari ini dapat skor A+ untuk Bahasa Inggeris, tetapi gagal mencapai keputusan yang sama dalam Bahasa Melayu. Sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan bahasa rasmi negara. Ironinya, bahasa yang paling dekat dengan kehidupan seharian, menjadi subjek yang semakin dipandang ringan. Bukan tidak bagus menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa itu memang penting dalam urusan global. Tapi bila Bahasa Melayu sendiri diabaikan, tidak dijaga dan dianggap tidak penting, itu yang menjadi isu. Bahasa Melayu diajar sejak tahun satu lagi. Digunakan dalam semua subjek kecuali bahasa asing. Tapi bila keputusan SPM diumumkan, ramai yang lebih cemerlang dalam Bahasa Inggeris, manakala Bahasa Melayu sekadar cukup syarat atau sekadar lulus...

Kritikan filem: Gangterisme dan Dunia Gelap

Image
  Sekilas pandang, dunia drama dan filem tempatan sekarang kelihatan rancak. Setiap minggu ada sahaja tayangan baharu. Tajuk mungkin berbeza, barisan pelakon silih berganti, tetapi isi kandungan masih banyak yang berulang. Cerita cinta tiga segi, suami orang dirampas, konflik rumah tangga, atau kisah cinta tidak direstui keluarga. Hampir semuanya berkisar tentang percintaan, dengan babak yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Lebih membimbangkan, ada pula yang menampilkan keganasan secara melampau. Bukan sekadar watak ganas atau cerita berlatar belakangkan dunia gelap, tetapi sampai ke tahap menormalisasikan pembunuhan, penyeksaan, dan pergaduhan berdarah. Budak-budak sekolah yang menonton cerita sebegini akan terdedah kepada budaya ganas tanpa sempadan. Bila keganasan itu dipaparkan berulang kali, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Lama-kelamaan, mereka tak lagi rasa takut dengan perbuatan mencederakan orang, malah mula anggap itu sesuatu yang ‘hebat’. Cerita p...

Anak Muda Terumbang-Ambing

Bila sebut pasal anak muda, selalunya orang akan terbayang kumpulan yang bertenaga, bersemangat dan penuh cita-cita. Tapi hakikat sekarang, ramai anak muda sedang terumbang-ambing dalam hidup. Ramai yang keliru tentang apa tujuan mereka. Hidup sekadar ikut aliran, ikut kawan, ikut apa yang orang lain buat. Tak ramai yang betul-betul tahu ke mana arah yang mereka nak tuju. Apa yang lebih membimbangkan, bila pengaruh budaya luar terlalu kuat sampai anak muda sendiri tak kenal identiti. Gaya berpakaian, cara bercakap, cara bergaul, semua semakin jauh daripada nilai budaya dan adab. Ada yang rasa bangga bila boleh tiru bulat-bulat cara hidup orang luar, tapi malu dengan cara hidup sendiri. Kalau ada yang masih pegang pada budaya dan agama, akan dilabel kolot dan ketinggalan zaman. Anak muda juga makin hari makin leka dengan dunia hiburan dan media sosial. Hidup ditentukan oleh apa yang tular, bukan apa yang betul. Asalkan nampak seronok, nampak mewah, nampak bergaya, itu sudah cukup. Ramai...

Pakaian Tradisional: Baju Kebaya dan Baju Kurung Pesak Pahang

Image
Pakaian tradisional Melayu ni kita dah biasa tengok dari kecil lagi. Masa sekolah, kita pakai baju kurung hari-hari tanpa fikir pun apa jenis potongannya. Bila dah besar baru perasan sebenarnya banyak jenis. Ada baju kebaya, ada kurung pesak Pahang, ada juga kebarung. Setiap satunya ada rupa, gaya dan keistimewaan sendiri. Jadi kali ni aku nak kongsi sikit pasal tiga jenis pakaian tradisional ni yang masih relevan sampai sekarang walaupun orang dah makin ramai pilih baju kurung moden. Baju Kebaya  Kita mula dengan baju kebaya. Baju ni ada potongan yang lebih ikut bentuk badan, biasanya dipakai dengan kain batik atau kain songket. Kalau versi lama, kebaya diperbuat daripada kain nipis dan ada sulaman halus dekat bahagian tepi. Tapi sekarang banyak versi moden yang lebih selesa dan praktikal. Walaupun nampak ringkas, bila pakai kebaya ni terus nampak sopan dan ayu. Selalu juga dipakai masa kenduri, sambutan rasmi atau Hari Raya. Seterusnya baju kurung pesak Pahang. Yang ni ramai pern...

Pengalaman Memasuki Kuliah BBK3410

 Salam perkenalan semua. Nama aku Nuraina Haryani tetapi rakan-rakan aku memanggil aku sebagai Haryani. Aku merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris. Pada semester kedua di tahun pertama, aku wajib memasuki atau dengan lebih tepat menyertai kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif di bawah Jabatan Bahasa Melayu. Pada mulanya, aku berfikir bahawa kursus ini memerlukan semua pelajar untuk mengeluarkan bakat masing-masing yang tersendiri. Rupa-rupanya kuliah ini lebih ke arah penulisan kreatif dan sastera. Aku memulakan kuliah pertama aku secara atas talian memandangkan minggu pertama semester kali ini bermula pada bulan Ramadan. Dengan ihsan pihak universiti dan fakulti, mereka bersepakat untuk menjalankan dua minggu pertama semester kedua ini secara atas talian. Sebenarnya, aku pernah mengambil subjek Bahasa Melayu semasa STPM dahulu, jadi bidang ini bukanlah asing sepenuhnya bagi aku. Namun begitu, aku tidak pernah benar-benar ...

Pengalaman Membaca Buku Kreatif: Jurig Jarian dan Anding Ayangan

Image
  Sebenarnya, novel yang mula-mula membawa aku ke arah minat membaca genre seram ialah sebuah buku berjudul Jurig Jarian karya Prayudi Q. Ia sebuah novel seram yang latarnya berpusat di Tanah Sunda. Aku baca buku ni ketika aku masih di sekolah rendah. Walaupun waktu tu aku masih muda dan belum banyak pengalaman baca buku-buku berat, tapi Jurig Jarian benar-benar beri kesan yang mendalam. Suasananya yang menyeramkan, penuh dengan unsur mistik dan latar budaya Sunda yang asing tapi menarik buat aku rasa ‘merinding’ hampir setiap kali habis satu bab. Yang buat aku ingat sampai sekarang, buku tu tak begitu terkenal. Tak ramai kawan sebaya aku tahu pasal buku tu atau pernah baca. Tapi bagi aku, ia salah satu permulaan kepada kecenderungan aku terhadap cerita-cerita berunsur seram, mistik dan misteri. Dari situ, aku mula cari bahan bacaan yang boleh beri rasa takut, suspen dan buat bulu roma berdiri. Bukan semata-mata untuk takut, tapi sebab aku rasa genre macam ni boleh buat aku ras...

Agama: 7 Amalan Menjana Pahala Berterusan

Image
Diriwayatkan dari Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda: Masa aku ambil Syariah waktu Tingkatan Enam dulu, banyak perkara yang membuka mata aku tentang keindahan ajaran Islam secara lebih mendalam. Dalam semester tiga, aku belajar bab al-Quran dan Hadis. Salah satu topik yang betul-betul memberi kesan pada aku ialah tentang amalan yang pahalanya berterusan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Antara kandungan penting dalam bab tersebut ialah hadis Nabi SAW yang bermaksud apabila anak Adam meninggal dunia, semua amalannya terputus kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya. Hadis ini bukan sekadar pengajaran biasa. Ia membuka perspektif bahawa ada amalan tertentu yang kesannya kekal memberi manfaat, bukan sahaja kepada orang lain tetapi juga kepada diri sendiri walaupun sudah tiada di dunia. Dalam kelas, ustaz pernah kongsikan huraian para ulama yang memperincikan amalan-amalan ini menjadi tujuh jenis utama yang sa...

Pengalaman Kali Pertama di Kolej

Image
Tahun lepas, buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku melangkah ke dunia kolej. Saat itu, segalanya terasa asing dan mencabar. Pertama kali aku berjauhan daripada keluarga, pertama kali tinggal di asrama, dan pertama kali aku perlu bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri. Aku tak pernah tinggal di asrama sebelum ini, sebab aku datang daripada sekolah harian. Jadi, pengalaman berpindah ke kolej ini sememangnya sesuatu yang besar dalam hidup aku. Aku ditempatkan di Kolej Tan Sri Aishah Ghani, atau singkatannya KTAG. Kolej ini menempatkan kebanyakan pelajar asasi, manakala pelajar bacelor seperti aku hanya sebilangan kecil sahaja. Pada mulanya, aku risau dengan kehidupan di kolej. Aku takut tidak dapat sesuaikan diri, takut tidak serasi dengan rakan sebilik, dan takut akan rasa sunyi berjauhan daripada rumah. Namun, semua ketakutan itu perlahan-lahan mula hilang sebaik sahaja aku mula menyesuaikan diri dengan persekitaran. Aku duduk di aras dua, dalam satu bilik yang menempatkan enam...

Pengalamanku di kampung, Merlimau, Melaka

Image
Pekan Merlimau Hari raya tahun ini aku balik kampung awal-awal pagi hari pertama raya. Memang aku rancang awal supaya dapat elak jalan sesak yang selalu jadi masalah bila semua orang balik kampung serentak. Lagipun, ayah aku siap sembahyang raya dulu kat surau sebelum kami bergerak. Kampung aku kat Merlimau, Melaka, tempat yang aku rasa penuh kenangan walaupun sekarang suasananya tak sama macam dulu. Atok dan nenek aku dah tiada, jadi aku singgah rumah uda aku yang tinggal di situ sebab dia kakak ayah aku. Waktu aku sampai, cuaca panas sangat, terik sampai terasa macam nak melecur kulit. Tapi itu tak halang aku untuk terus berjalan ziarah pakcik dan makcik yang duduk berdekatan. Lepas itu, kami semua duduk berkumpul makan kuih raya yang pelbagai jenis sambil minum air sirap yang manis dan sejuk. Rasa macam kembali ke zaman kecil dulu bila semua orang berkumpul dan ketawa ramai-ramai. Aku rasa seronok sangat dapat luangkan masa bersama keluarga walaupun sekejap. Satu perkara yang aku ...

Pengalaman Kembara Ke Hat Yai

Image
  Alhamdulillah, baru-baru ni aku dan keluarga berpeluang untuk kembara ke Hatyai, Thailand selama 3 hari 2 malam. Walaupun percutian singkat, pengalaman yang kami dapat sangat berharga dan memuaskan. Kami memilih untuk pergi dengan menaiki kereta melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Nak tahu apa yang menarik sepanjang perjalanan? Jom baca! Perjalanan kami ke Hatyai sangat lancar. Seperti biasa, sebelum memasuki Thailand dengan kereta, kami perlu membeli insurans terlebih dahulu. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang halangan. Kami sampai ke Hatyai pada waktu petang dan menginap di Diamond Plaza Hotel, yang terletak di tengah bandar. Lokasinya sangat strategik kerana ia berdekatan dengan Lee Plaza dan Night Market. Kalau nak ke pasar malam, jalan kaki pun boleh! Aku dan keluarga sampai ke Hat Yai awal pagi. Jadi kami buat keputusan untuk bersarapan Chabura Dim Sum yang tular di media sosial sebagai tempat wajib dilawati.. Wah, memang ...

Makanan Tradisional: Punten dan Ayam Masak Lemak Cili Padi

Image
 Hari ini aku nak kongsikan tentang dua makanan tradisional yang memang dekat dengan hati aku. Satunya berasal dari budaya Jawa, satu lagi cukup terkenal dalam masyarakat Melayu, khususnya orang Negeri Sembilan. Dua-dua ni kalau kena dengan selera, memang boleh buat tambah nasi berkali-kali.  Punten bersama Sambal Bilis Cili Padi Punten ialah makanan tradisional masyarakat Jawa. Ia selalunya dijumpai di sekitar kawasan Sungai Besar atau Sabak Bernam, Selangor memandangkan majoriti masyarakat Melayu Jawa menetap di situ. Makanan ini sering disediakan sebagai sarapan atau hidangan minum petang. Punten diperbuat daripada nasi yang dimasak bersama santan dan sedikit garam. Apabila nasi masih panas, ia akan ditumbuk hingga lumat dan dipadatkan dalam loyang atau dibentuk dengan tangan. Setelah sejuk, punten akan dipotong kecil-kecil sebelum dihidangkan. Teksturnya lembut dan padat. Rasanya pula lemak dan sedikit masin, sesuai dimakan bersama sambal bilis atau sambal hijau pedas. Dul...

Tokoh Falsafah: Ibnu Sina

Image
  Ibnu Sina Aku mula kenal nama Ibnu Sina masa belajar subjek Sejarah Islam waktu STPM, semester dua. Dalam silibus tu, kami belajar tentang kegemilangan tamadun Islam, termasuk tokoh-tokoh ilmuan besar yang pernah mengangkat nama dunia Islam di mata dunia. Daripada banyak-banyak tokoh, aku paling tertarik dengan Ibnu Sina. Masa tu aku baru tahu bahawa Islam pernah lahirkan tokoh perubatan yang bukan sekadar tahu pasal rawatan badan, tapi juga seorang ahli falsafah yang mendalam pemikirannya. Sejak dari situlah aku mula baca lebih banyak pasal dia dan rasa kagum dengan keluasan ilmu yang dia miliki. Kalau sebut nama Ibnu Sina, ramai mungkin akan kaitkan dia dengan bidang perubatan sahaja. Tapi sebenarnya, Ibnu Sina adalah tokoh yang luar biasa dalam pelbagai bidang. Dia bukan sahaja doktor yang hebat, tetapi juga seorang ahli falsafah, saintis, ahli logik, ahli matematik, pakar fizik, dan penulis prolifik. Dalam dunia Islam dan juga Eropah, dia dikenali sebagai seorang yang sangat ...