Pengalaman Kembara Ke Hat Yai

 


Alhamdulillah, baru-baru ni aku dan keluarga berpeluang untuk kembara ke Hatyai, Thailand selama 3 hari 2 malam. Walaupun percutian singkat, pengalaman yang kami dapat sangat berharga dan memuaskan. Kami memilih untuk pergi dengan menaiki kereta melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Nak tahu apa yang menarik sepanjang perjalanan? Jom baca!

Perjalanan kami ke Hatyai sangat lancar. Seperti biasa, sebelum memasuki Thailand dengan kereta, kami perlu membeli insurans terlebih dahulu. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik tanpa sebarang halangan. Kami sampai ke Hatyai pada waktu petang dan menginap di Diamond Plaza Hotel, yang terletak di tengah bandar. Lokasinya sangat strategik kerana ia berdekatan dengan Lee Plaza dan Night Market. Kalau nak ke pasar malam, jalan kaki pun boleh!

Aku dan keluarga sampai ke Hat Yai awal pagi. Jadi kami buat keputusan untuk bersarapan Chabura Dim Sum yang tular di media sosial sebagai tempat wajib dilawati.. Wah, memang sedap! Dim sum yang disajikan sangat fresh, daging bakar dia dengan gabungan sos thai, ban telur masin dia yang menjadi menu istimewa  memang sedap dan tak rugi dicuba.Air teh dengan buih tebal atas dia, kaw habis! Pada petang hari pula kami ke floating market. Pasar ni memang tumpuan pelancong, ramai gila orang. Di sini, pelbagai jenis makanan dijual, dan aku sempat cuba aiskrim kelapa dengan pulut. Best sangat! Ibu aku pula beli air dalam buluh dan buah mangga segar gila.

Pada hari kedua, kami singgah di Central Market, sebuah mall yang cukup terkenal di Hatyai. Mall ni ramai orang, tetapi tiada yang terlalu istimewa. Kalau nak shopping sikit-sikit, boleh la. Lepas tu, kami pergi ke Nora Plaza, di sinilah kami membeli ole-ole. Beli baju tulisan Hatyai, keychain, dan macam-macam lagi. Malam tu, kami ambil tuktuk (110 baht je!) untuk pergi ke Asean Night Market. Di sini, macam-macam barang dijual. Aku beli minyak angin dan gelang, manakala ayah aku beli beg. Kakak aku dan aku pula sempat beli baju untuk pakai waktu raya nanti. Harga  barang-barang yang dijual pun ada yang mahal ada yang murah tetapi berbaloi!

Pada hari terakhir, aku dan kakak aku bangun awal untuk beratur panjang membeli Nasi Khao Mok Khaitod Meena. Kami beratur hampir sejam lebih, tapi percayalah kami tak menyesal pun beratur! Nasi Khao Mok yang kami rasa tu memang sedap gila. Tak sangka pertama kali rasa, terus jatuh cinta! Parutlah ramai yang sanggup menunggu dan beratur panjang.

Dan siapa yang tak kenal dengan 7-Eleven kan? Setiap kali kami keluar, pasti singgah ke sini. Yang menariknya, 7-Eleven di Thailand, mereka jual pelbagai makanan tak sama macam 7-Eelevan di Malaysia. Walaupun mereka ada jual makanan yang tidak halala tetapi mereka mengasingkan microwave dan tempat letak makanan halal dengan yang tidak halal. Jadi, memudahkan kami untuk memilih makanan yang sesuai. Makanan segera seperti burger, sosej dan roti yang dijual oleh mereka memang sedap!

Sebelum sampai ke imigresen, kami singgah di Danok untuk beli burger dan snacks di 7-Eleven sebagai ole-ole. Memang puas hati! Balik ke Malaysia, semua terasa lebih ringan hati, penuh dengan kenangan manis.

Secara keseluruhannya, kembara aku dan keluarga ke Hatyai sangat menyeronokkan. Walaupun singkat, ia memberikan banyak pengalaman baru dan kenangan indah. Kami dapat merasai budaya tempatan, menikmati makanan yang sedap, dan membeli-belah  dengan harga yang berpatutan. InshaAllah, kalau ada rezeki lebih, kami akan ke sana lagi untuk terus menikmati keindahan Hatyai.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Falsafah: Ibnu Sina

Pengalaman Kali Pertama di Kolej

Pakaian Tradisional: Baju Kebaya dan Baju Kurung Pesak Pahang