Posts

Kritikan Terhadap Dunia Hiburan: Drama Masa Kini

Image
 Sekarang ini dunia hiburan seperti hilang arah. Terutama sekali dalam bab drama. Ada ketikanya terasa seperti tidak ada sempadan yang memisahkan antara hiburan dan nilai. Drama yang disiarkan di kaca televisyen atau di platform penstriman bukan lagi sesuatu yang membawa mesej atau pengajaran, sebaliknya lebih banyak menonjolkan perkara-perkara yang tidak patut. Babak-babak keterlaluan mula menjadi bahan utama dalam sesetengah drama. Dialog yang menjengkelkan, pakaian yang langsung tidak mencerminkan budaya tempatan, dan jalan cerita yang terlalu dipaksa hingga kadang-kadang tidak masuk akal. Bila ditegur, ada yang cepat memberi alasan kononnya ia hanya hiburan atau sekadar mahu menarik perhatian penonton. Namun, hiburan yang baik sepatutnya masih berpandukan nilai dan batas. Tidak semua perkara boleh dijadikan bahan tontonan umum. Lebih membimbangkan lagi, ramai penonton yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada kandungan seperti ini. Lama-kelamaan, yang...

Seni dan Budaya: Mak Yong dan Kuda Kepang

Image
  Sejujurnya, aku memang kurang sikit dalam bidang seni, terutama sekali seni halus. Aku bukan jenis orang yang boleh duduk berjam-jam depan kanvas dan hasilkan lukisan yang ada jiwa. Aku tak cukup kreatif untuk cipta satu karya yang betul-betul menghidupkan emosi orang yang tengok. Dalam keluarga pula, ayah dan kakak aku memang jenis yang berbakat. Ayah aku pandai menjahit, malah kalau ada baju koyak atau seluar yang perlu diubah suai, dia boleh selesaikan dengan kemas. Kakak aku pula memang minat seni dari dulu. Dia pernah belajar dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual di UPSI dan kini dah pun tamat pengajian. Aku selalu kagum dengan hasil kerja dia yang kadang-kadang buat aku terfikir, macam mana satu lukisan yang nampak ringkas tu boleh simpan banyak maksud. Walaupun aku sendiri tak berbakat dalam bidang seni, jangan salah sangka. Aku tetap minat dan hargai seni. Aku rasa orang yang berbakat dalam bidang ni ada keistimewaan luar biasa. Lagi banyak mereka dias...

Isu Semasa: Ramai Pelajar SPM Skor Subjek Bahasa Inggeris Tetapi Gagal Subjek Bahasa Melayu?

Image
Sekarang ini, makin ramai pelajar yang lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Situasi ini bukanlah sesuatu yang asing, malah sudah menjadi perkara biasa yang sering dibualkan. Ramai pelajar hari ini dapat skor A+ untuk Bahasa Inggeris, tetapi gagal mencapai keputusan yang sama dalam Bahasa Melayu. Sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan bahasa rasmi negara. Ironinya, bahasa yang paling dekat dengan kehidupan seharian, menjadi subjek yang semakin dipandang ringan. Bukan tidak bagus menguasai Bahasa Inggeris. Bahasa itu memang penting dalam urusan global. Tapi bila Bahasa Melayu sendiri diabaikan, tidak dijaga dan dianggap tidak penting, itu yang menjadi isu. Bahasa Melayu diajar sejak tahun satu lagi. Digunakan dalam semua subjek kecuali bahasa asing. Tapi bila keputusan SPM diumumkan, ramai yang lebih cemerlang dalam Bahasa Inggeris, manakala Bahasa Melayu sekadar cukup syarat atau sekadar lulus...

Kritikan filem: Gangterisme dan Dunia Gelap

Image
  Sekilas pandang, dunia drama dan filem tempatan sekarang kelihatan rancak. Setiap minggu ada sahaja tayangan baharu. Tajuk mungkin berbeza, barisan pelakon silih berganti, tetapi isi kandungan masih banyak yang berulang. Cerita cinta tiga segi, suami orang dirampas, konflik rumah tangga, atau kisah cinta tidak direstui keluarga. Hampir semuanya berkisar tentang percintaan, dengan babak yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. Lebih membimbangkan, ada pula yang menampilkan keganasan secara melampau. Bukan sekadar watak ganas atau cerita berlatar belakangkan dunia gelap, tetapi sampai ke tahap menormalisasikan pembunuhan, penyeksaan, dan pergaduhan berdarah. Budak-budak sekolah yang menonton cerita sebegini akan terdedah kepada budaya ganas tanpa sempadan. Bila keganasan itu dipaparkan berulang kali, ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Lama-kelamaan, mereka tak lagi rasa takut dengan perbuatan mencederakan orang, malah mula anggap itu sesuatu yang ‘hebat’. Cerita p...

Anak Muda Terumbang-Ambing

Bila sebut pasal anak muda, selalunya orang akan terbayang kumpulan yang bertenaga, bersemangat dan penuh cita-cita. Tapi hakikat sekarang, ramai anak muda sedang terumbang-ambing dalam hidup. Ramai yang keliru tentang apa tujuan mereka. Hidup sekadar ikut aliran, ikut kawan, ikut apa yang orang lain buat. Tak ramai yang betul-betul tahu ke mana arah yang mereka nak tuju. Apa yang lebih membimbangkan, bila pengaruh budaya luar terlalu kuat sampai anak muda sendiri tak kenal identiti. Gaya berpakaian, cara bercakap, cara bergaul, semua semakin jauh daripada nilai budaya dan adab. Ada yang rasa bangga bila boleh tiru bulat-bulat cara hidup orang luar, tapi malu dengan cara hidup sendiri. Kalau ada yang masih pegang pada budaya dan agama, akan dilabel kolot dan ketinggalan zaman. Anak muda juga makin hari makin leka dengan dunia hiburan dan media sosial. Hidup ditentukan oleh apa yang tular, bukan apa yang betul. Asalkan nampak seronok, nampak mewah, nampak bergaya, itu sudah cukup. Ramai...

Pakaian Tradisional: Baju Kebaya dan Baju Kurung Pesak Pahang

Image
Pakaian tradisional Melayu ni kita dah biasa tengok dari kecil lagi. Masa sekolah, kita pakai baju kurung hari-hari tanpa fikir pun apa jenis potongannya. Bila dah besar baru perasan sebenarnya banyak jenis. Ada baju kebaya, ada kurung pesak Pahang, ada juga kebarung. Setiap satunya ada rupa, gaya dan keistimewaan sendiri. Jadi kali ni aku nak kongsi sikit pasal tiga jenis pakaian tradisional ni yang masih relevan sampai sekarang walaupun orang dah makin ramai pilih baju kurung moden. Baju Kebaya  Kita mula dengan baju kebaya. Baju ni ada potongan yang lebih ikut bentuk badan, biasanya dipakai dengan kain batik atau kain songket. Kalau versi lama, kebaya diperbuat daripada kain nipis dan ada sulaman halus dekat bahagian tepi. Tapi sekarang banyak versi moden yang lebih selesa dan praktikal. Walaupun nampak ringkas, bila pakai kebaya ni terus nampak sopan dan ayu. Selalu juga dipakai masa kenduri, sambutan rasmi atau Hari Raya. Seterusnya baju kurung pesak Pahang. Yang ni ramai pern...

Pengalaman Memasuki Kuliah BBK3410

 Salam perkenalan semua. Nama aku Nuraina Haryani tetapi rakan-rakan aku memanggil aku sebagai Haryani. Aku merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda jurusan Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris. Pada semester kedua di tahun pertama, aku wajib memasuki atau dengan lebih tepat menyertai kursus BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif di bawah Jabatan Bahasa Melayu. Pada mulanya, aku berfikir bahawa kursus ini memerlukan semua pelajar untuk mengeluarkan bakat masing-masing yang tersendiri. Rupa-rupanya kuliah ini lebih ke arah penulisan kreatif dan sastera. Aku memulakan kuliah pertama aku secara atas talian memandangkan minggu pertama semester kali ini bermula pada bulan Ramadan. Dengan ihsan pihak universiti dan fakulti, mereka bersepakat untuk menjalankan dua minggu pertama semester kedua ini secara atas talian. Sebenarnya, aku pernah mengambil subjek Bahasa Melayu semasa STPM dahulu, jadi bidang ini bukanlah asing sepenuhnya bagi aku. Namun begitu, aku tidak pernah benar-benar ...